سلامة برتامو

Thursday, November 12, 2009

Seorang 'Da`eiyyah' Mantan 'Biarawati'

Membaca kisah ini membuat ana kagum akannya. Bukan sehari dua ana berusaha meyingkap mengetahui kisahnya. Bertanya kepada sahabat juga beberapa kenalan mengenai pandangan mereka tentang Ustazah ini. Serasa ingin ana mengenali beliau dengan lebih akrab. Moga suatu waktu jika berpeluang lagi ke sana, dapat ana bersua dengannya, insya`allah.

Pernah seseorang yang tak ana kenali menyapa lewat email bertanyakan : “Mengapa ukht sering mengetengahkan kisah tokoh luar negara. Tidak Malaysia?”.. dan telah ana membalas pertanyaan 'Seorang Hamba Allah' itu melalui email juga. Moga anda berpuas hati dengan jawapan yang ana berikan.

Ya, mungkin yang kali ini akan ada lagi pertanyaan sedemikian. Mungkinlah.

Suka ana sebutkan, mengenai insan yang membuatkan timbul satu impak teruja untuk mengenalinya adalah kerana perjalanan hidup dan dakwahnya yang mengkagumkan. Bukan hanya itu, telah ana serapkan pada diri agar menjadi inspirasi dalam kehidupan yang ana jalani dan bakal rentasi seterusnya, insya`allah.

Terfikir hari ini (terus ana hubungi Akh Herry mendapatkan informasi. Beliau yang telah di Utara), bertemu dengan Ketua Editor Sabili semalam, kenapa tidak ana tanyakan tentang muslimat ini?? Moga berkesempatan ana mewawancara beliau lagi nanti untuk mendapatkan informasi mengenai muslimah ini.

Di Indonesia, beliau cukup dikenali seorang 'da`ieyah' (pendakwah) yang kental. Pelabagai ancaman dan fitnah seringkali dihemburkan kepadanya. Namun beliau tetap tabah dan sabar dengan perjuangan Dakwah Islam itu.

Lahir di Surabaya, 30 Julai 1954 yang nama tika kecilnya ialah Han Hoo Lie. Adalah bekas Biarawati, Seminar Agung (Institut Filsafat Teologi Katolik), Ketua Legio Maria di Universiti Katolik Atmajaya Jakarta. Mengucap persaksian dua kalimah syahadat pada tahun 1983 di Masjid Al-Falah Surabaya, dihadapan Kiyai Haji Misbach (almarhum) Ketua Majlis Ulama Indones, Jawa Timur saat itu.

Beliau adalah Hajjah Irena Handono. Kalau di Malaysia menyebutnya 'Saudara Kita', berlainan di negaranya yang masih menyebut 'mualaf' atau dengan kata lain 'Sadara Baru' (walau telah lama bersama Agama Islam).Beliau pendakwah yang berjiwa kental, gigih dan banyak mencurahkan perhatiannya dengan Pembinaan Mualaf.

Yang paling penting bagi pembinaan dan pembelajaran bagi mualaf ialah kita kena ingat yang kita berasal dari rumpun dan fahaman yang berbeza. Selain itu para pemimpin harus memahami tentang dunia mereka yang lama.”- Mengungkap kata-katanya-

Sentuhan kata itu yang buatkan ana ingin terusan mendalami 'Perbandingan Agama' yang telah diikuti itu. Interactive Dakwah Training (IDT), teringat akan mentor ana, Akh Lim Jooi Soon, Akh Faisal Abdurrahman, Akh Amin juga sahabat-sahabat 'selatihan IDT' Ukht Jazilah, Ukht Nadzirah, Ukht Huei Ling, Akh Yusry.

Di samping itu Muslimah tabah ini aktif dengan aktiviti yang lainnya dan memegang jawatan-jawatan yang memberi ruang untuk beliau berkhidmat dalam lapangan dakwah yang getir dan sukar perti, Ketua Umum Gerakan Muslimat Indonesia (GMI), Penasihat Muslimah Peduli Ummat (MPU) dan menjadi Pengasas Irena Centre @ ICen

Selain membaca mengenai kisah-kisah perjalanan dakwah beliau, ana juga telah mendengar cd ceramahnya mengenai 'Semarak Ramadhan Metropolitan' dan 'Bahaya Pemurtadan lewat buku-buku Kristen (Islamic Invasion-Robert Morey)'

Ingin ana kongsikan sedikit mengenai buku karangan beliau mengenai 'Meyingkap Fitnah dan Terror'. Sempat ana membacanya berulang kali. Namun kini ada di tangan seorang sahabat. Moga bermanfaat untuk perjalanan dakwahnya. Buku 'Menyingkap FITNAH & TEROR' ini merupakan karya besar beliau yang kedua setelah buku 'ISLAM DIHUJAT'. Cumanya karya pertamanya itu belum berkeupayaan ana temui. (kalau ada sesiapa memilikinya, boleh khabarkan kepada ana di mana ana boleh dapatkannya, insya`allah)

Di mana pun permulaan pada pandangan seseorang yang tidak enak pada Islam terutamanya orang-orang di barat, akan memandang dengan dengan stereotipnya bahawa Islam adalah agama yang penuh kekerasan, disebarkan dengan peperangan serta agama terbelakang. Hal ini adalah kerana mereka tidak memahami Islam secara benar dan keseluruhannya. Sejarah tentang Islam dipenuhi oleh pendapat-pendapat para orientalis yang tendensius. Tidak kurang laporan di media-media pemberitaan barat terhadap Islam penuh dengan propaganda negatif.

“Padahal jika barat memahami Islam terus dari sumbernya, tidak terpengaruh oleh segala tanggapan negatif yang ada saat ini serta jujur terhadap sejarah maka mereka akan menyedari bahawa segala prasangka mereka kepada Islam adalah salah.” (Karen Armstrong)

Dalam buku tersebut beliau menyingkap kembali sejarah Islam yang terpendam, termasuk mengungkapkan segala alasan dari kebencian kaum musyrikin (Kristian dan Yahudi) terhadap Islam sehingga Allah menyatakan secara khusus dalam Al Quran, surah Al-Baqarah ayat 120 yang merupakan peringatan bagi ummat Islam sepanjang zaman agar waspada.

Di awal tulisan bab pertama, beliau muatkan Pidato Paus Urbanus II yang membakar semangat rakyat ketika itu untuk merebut Jerusalem dari kaum muslim. Kalau dilihat ternyata yang disampaikan Paus Urbanus II sangat provokatif, penuh dengan nada kebencian terhadap muslim dan sarat fitnah.

“Negeri kalian telah padat penduduknya, ...... Tidak banyak kekayaan di sini, dan tanahnya jarang membuahkan hasil yang cukup buat kalian.....Bergegaslah menuju Makam Qudus, rebutlah kembali negeri itu dari orang-orang jahat, dan jadikan milik kalian.”

Lalu Paus Urabanus II memberangkatkan 300.000 agresor salib dengan semboyan “Deus le Volt” (begitulah perintah Tuhan) menuju Jarusalem.

Rupanya itulah esensi sesungguhnya dari 'Perang Suci' yang dikobarkan oleh Paus Urbanus II. Penguasaan kekayaan atas suatu wilayah. Dan idea itu didukung oleh GW.Bush ketika menjadi presiden Amerika dengan slogan 'Crusade!' sesaat setelah tragedi 911.

Dalam buku itu juga dibahaskan mengenai perang demi perang yang mana Amerika Syarikat terlibat dan boleh dikatakan hampir dalam semua perang, AS menyertainya. Yang kemudiannya diikuti oleh sejumlah kepentingan politik dan penguasaan sumber alam suatu negara.

Dalam buku itu juga dikupaskan bagaimana keagungan Islam?, bagaimana Islam ketika Rasulullah menghadapi FITNAH & TEROR serta akhirnya tentang bagaimana FITNAH & TEROR abad milenium yang sedang melanda saat ini.

Sesungguhnya bagi ana, buku ini patut dibaca semua ummat Islam mahupun non Islam (bukan Islam), kerana di sinilah tersingkapnya sejarah mengenai usaha mereka (negara barat @ yang anti Islam)tawan dengan pemikiran yang menggugat sekalian dengan pemikiran yang menyesatkannya itu.

Moga perkongsian yang sedikit ini bermanfaat untuk kita sekaliannya, insya`allah. Moga akan ada dan lahirnya da`eiyyah yang kualitinya lebih nilai dari ini untuk perjuangan Islam di Negara kita ini, insya`allah.. Amin Ya Rabal `alamin.

SALAM PERJUANGAN.

0 comments:

Post a Comment

Lakarkan Sesuatu, Moga bermanfaat buat diri

Gerakan Anti PPSMI

Seruan Dakwah!!

Kepada Muslimin Muslimat atau lelaki wanita yang berminat menyertai Sukarelawan Dakwah Di Lapangan bersama LANDAS, silalah hubungi

Muslimin @ Lelaki

Kpd :Ustaz Kamaruddin bin Kassim

Email : Kama54us@yahoo.com

YM : kama54

HP : 019-4782708 /0174630686

Blog : Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah Darul Aman

Muslimat @ Wanita

Kpd : Ukht Atriza binti Umar

Email : atriza_umar@yahoo.com

YM : atriza2001

Blog : Lillahi ta`ala

Berikan maklumat anda untuk pihak kami hubungi, insya`allah

Moga segalanya diredhai Allah

Salam Perjuangan Fie sabilillah

Peringatan

"Dan tidak samalah kebaikan itu dengan kejahatan Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang di antaramu dan antara dia yang ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia."

-Fushshilat 34-

::: IKLAN :::