Ingin ana kongsikan dikit kisah perkenalan itu. Segalanya adalah kerana mengikuti Program Dakwah ke Sumatera Barat pada bulan Syaaban 1429 Hijrah. Kiranya bulan 8 tahun lepas la tu.
Tika itu, ana berkhidmat seketika di Raudhatus Sakinah. Alhamdulillah Ummi Ros dengan Ibu Yus yang awalnya ana panggil kakak itu, membenarkan ana ikuti Misi Dakwah Ke Sumbar itu. Sesedapnya cuti kerja selama 8 hari. hehehe.. Apa pun itulah permulaannya hingga ana mengenali dengan DR Zainuddin ni.
Maklumlah kalau ana tak dibenarkan cuti. Tentu tidak juga ana bertemu dengan Ustaz itu. Sungguh cantik aturan Allah Yang Maha Esa. Alhamdulillah.
Semasa Misi Dakwah itu dijalankan, ana ditawarakan oleh seorang sahabat (Mahasiswa Malaysia yang belajar di Universiti Andalas (UNAND), Padang) yang turut sertai program ini dakwah ini menyertai Syura Majlis Ulama di Masjid Agung, Bukit Tinggi dengan berkonsepkan 'Ramadhan disambut, Tautan ditaut'. Selain bertujuan menetapkan tarikh berpuasa di Indonesia, khususnya Sumatera Barat.
Jadi setelah ana minta keizinan dari pengarah program, maka ana sertai pelawaan tersebut bersama sahabat yang mengajak ini. Sebelum menyertai terfikir juga, 'takkan semudah itu boleh sertai Syura Majlis Ulama. Takkanlah begitu.' Alhamdulillah hati tidak meragui maka ana teruskan tekad mengetahui.
Subhanallah.. kehadiran ana itu disambut ceria oleh ahli jawatankuasa pelaksana. Sungguh ramai dari warga berusia juga anak-anak remaja. Sangat susah nak lihat sebegini kalau di Malaysia kan..
Sahabat ana ini siap memperkenalkan ana kepada sahabat-sahabatnya. Tidak ketinggalan dia menggenalkan ana kepada urusetia, ustaz-ustaz juga ustazah-ustazah yang di sana. Sungguh ana tertegun. Mereka menyambut baik lagi mesra kehadiran ana yang seorang manusia kerdil ini.
Dan kesempatan yang ada itu, ana menerima pelawaan Ustaz Indra Syah selaku... Maaf ana tak ingat apa jawatannya. Agak terkenal juga beliau ini di sana. Beliau mengajak ana bersua dengan ketua Majlis Ulama Indonesia. Ana diajak bertemu Ketua Majlis Ulama Indonesia itu kerana ana memperkenalkan tentang Raudhatus Sakinah.. Sangat Ustaz itu tertarik dengan apa yang ana sampaikan seperti pemplet RS yang diberikan itu.
Maka Ustaz Zainuddin itu seperti rasanya ingin mengetahui lebih lanjut. Kami terus berhubung dari semasa ke semasa mengetahui bermacam-macam program dan aktiviti dakwah di sana tidak ketinggalan perjalanan dakwah di sini juga, ana khabarkan.
Maka hinggalah Ustaz Zainuddin ini menjemput untuk memenuhi satu program pada awal bulan lalu. Ohh.. ana sungguh tidak terdaya menolaknya. Rasa malu pada maha pencipta kerana tidak dapat memenuhi undangan saudara seagama yang sama tuju fie sabilillah ini.
Jadi, ana usulkan niat ustaz itu kepada jamaah ana, berhubung terus dengan Pengarah Raudhatus Sakinah. Ummi ana tu kata maaf yang sangat tak dapat memenuhi undangan itu. Telah buat janji di sini. Dan jemputan itu terlalu singkat.. Sungguh adalah sedikit terasa waktu itu. Tapi akal sering memujuk hati agar membuang segera rasa itu. Alhamdulillah Allah membukakan ruang. Teringat pada Ustaz Kamaruddin, Amir LANDAS ana.
Sangat Allah mempermudahkan jalan dakwah ini.. membuat urusan dengan Ustaz Kamaruddin tidaklah sukar. Maka Ustaz sangat menerima undangan itu walau jadualnya sangat padat, dan bantuan saudara seagama ini tidak dilepaskannya begitu sahaja. Sangat ana bersyukur waktu itu..
Dan program itu diisi oleh Ustaz Kamaruddin bersama Setiusaha LANDAS Kuala Lumpur, Ustaz Khairul Anuwar, Ustaz Nizam dan Ustaz Hafiz.
Waktu itu ana tak dapat sertai. Walau agak sedih, namun ana sangat merasakan ada hikmahNya.
Alhamdulillah Majlis Ulama Indonesia sekali lagi ingin menjalinkan usahasama dengan Raudhatus Sakinah walau kali pertamanya agak tergendala, moga yang kali ini dipermudahkan Allah.
Moga doa sahabat-sahabat juga pembaca sekalian mengiringi Misi Kembara Dakwah Raudhatus Sakinah ini.. Amin Ya Rabal `alamin.
Insya`allah ana akan kongsikan sedikit lagi catatan lampau ukhwah terbina ini dan persiapan-persiapan Jawatankuasa Misi Dakwah Raudhatus Sakinah yang bakal berlangsung insya`allah pada minggu ketiga bulan Julai ini.
Doakan moga segalanya dipermudahkanNya..














0 comments:
Post a Comment
Lakarkan Sesuatu, Moga bermanfaat buat diri