
Apalah topik ini ya?? Seusai melayani diri dihadapan Illahi Zohor tadi, teringatkan hari-hari mendatang yang perlu dihadapi. Justeru ana mengambil rentetan dari apa yang difikirkan oleh akal dan diiyakan hati.. mencurahkan menjadi kata-kata di ruangan ini.
Apalah yang wajar ana menghitung waktu.. kalau tidak dikira pun, ianya tentu dan akan bertamu, menyinggahi dan pergi.
Terkenang usia yang telah dipergunakan selama ini. Banyak perkara dalam hidup yang tidak usai lagi. Masih banyak lagi 'jalan-jalan kumuh' yang belum diri ini pijak untuk membersihkanny. "Ya Allah.. moga diri ini berkesempatan sebelum nokhtah itu tiba."
Akal dan hati bermonolog sama. Tanpa sedari, air jernih di kelopak mata itu sasarnya. Suara menutur saya.. "Ya Allah.. tunjukkilah diri hambaMu yang sering alpa dan lupa ini, tabahkanlah diri ini melalui ranjau-ranjau hadapan itu.."
Terlayar persatu gendalaan dalam tidak dapat merealisasikan tuntutan di jalan dakwah. Sangat diri sedari khilaf sendiri itu. Dan kadangnya tak dapat sama sekali menidakkan sesuatu yang diundang duluan sebelum panggilan dakwah itu menyapa.. 'Takut diri ini menjadi munafiq kerna janji yang telah terpetri..'
Menghitung hari mendatang, sering dikaitan hari-hari indah seseorang yang bakal melalui walimah. Tapi bukanlah ana mengetengahkan ceritera itu. Melainkan sebuah perjalanan yang perlu dan sangat dirancang agar tidak terrajut dengan takwim yang tak mendatangkan manfaat pada ummat.
Bulan Mubarak juga bakal ditemui. Moga bermacam persiapan dan perubahan pada diri segera mendatangi. Bukanlah berlalunya diri tanda kalahnya dalam dakwah. Tetapi diri ini berundur kerana masih ada ruang lain yang mengkuak luas agar diri mempergunakan sesungguh mungkin. Moga segala yang ditinggal menyedari bahawa Hidup ini bukanlah hanya untuk berkata-kata atau bercakap-cakap sahaja. tetapi yang akan DIA tuntut adakah kamu laksanakan apa yang kamu perkatakan itu..
Mungkin diri telah puas memujuk hati, menenagkan akal. Tapi adakah mereka dengar laungan yang bersempadanan dan penuh lapiasan ini?
Saat yang meninggalkan, dan waktu itulah tambahnya usia dan maka dengan itu telah semakin hampirlah diri menemuiNya.. Risau akan diri, apakah persiapan yang telah dipersiapkan? Apakah bekalan yang bakal dibawakan??
Tika apa pun, mulai detik kapan pun.. terus akanku basuh dir dengan air wuduk jua genangan muhasabah, agar kusedari, Kematian itu semakin mendekat dan sangat rapat..
"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku, sedarkanlah diriku ini, jadikanlah diri ini sabar dan tabah dalam memperjuangkan agamaMu Ya Allah.."
Moga diri memiliki redha Illahi.. insya`allah.














0 comments:
Post a Comment
Lakarkan Sesuatu, Moga bermanfaat buat diri