سلامة برتامو

Sunday, July 5, 2009

Informasi dalam Usrah



Alhamdulillahi Rabbil `alamin. Sungguh indah kebersamaan dalam jamaah. Tautan ukhwah menginformasikan kami bermacam. Agak telat juga ana hadiri usrah pada petang hari ini. Dengan mengurus anak saudara yang di rumah. Hampir tidak sedar Usrah Elite yang setiap hari Ahad berlangsungnya.


Alhamdulillah kesempatan itu menyedarkan ana lantas menghubungi sahabat. Dan beliau sudi menyinggahi ana pada petang tadi. Lama tidak bertemu ukht ini. Banyak kisah ingin dikongsi. Tapi tak terluah semuanya. Mungkin perlukan masa yang lain.


‘Usrah Elite’ hari ini agak ramai yang menghadiri. Rasa sejuk mata memandang bertemu sahabat yang agak lama tak berhalaqah ini. Ukht Rashidah selaku naqibah bersama sahabat yang lain, Ukht Hanadiah, Ukht Siti Mursyidah, Ukht Najihah, Ukht Hazirah ceria menyambut kehadiran ana bersama Ukht Jazilah.


Agak segan di hati akibat lewat menjejakkan kaki ke Masjid Sikamat ini. Namun ana gahkan diri kerana kekhilafan sendiri. Seorang demi seorang sahabat disalami. Usrah telah berlangsung. Dan ana mendapat yang di pertengahannya. Alhamdulillah.


Serba sedikit diketahui informasi terkini dari seorang sahabat yang bertugas di ‘mushtashfa’ Ukht Hazirah yang lebih mesra dengan panggilan Kak Cik. Dari mengenai H1N1, penyakit kusta, Tibi hinggalah ke isu kunsa. Sahabat-sahabat yang lainnya tidak ketinggalan mencelah dan menambah menhiasi suasana halaqoh pada petang itu.


Sungguh indah kebersamaan perti itu. Bukan mudah nak menggumpulkan sahabat-sahabat yang berlatarbelakang dan berkemahiran yang bermacam itu. Alhamdulillah hari ini dapat kami bermurohjaah dalam suasana yang sangat diberkati lagi diredhai.


Moga setiap minggu ‘Usrah Elite’ yang digerakkan oleh kami ini bertambah ahli-ahli yang menyertai, insya`allah.


  • Ana [‘’] pada kata Usrah Elite, kerana masih merancang 1 nama baru yang bersesuaian. Siapa tahu kalau boleh didaftarkan sebagai 1 gerakan Islam yang mampu menembusi di setiap ruang Muka Bumi Allah ini.. insya`allah.

  • Jika ada sahabat-sahabat yang tinggal di kawasan sekitar Seremban, yang ingin menyertai, silalah hadir jam 5 petang setiap Ahad di ruang Masjid Sikamat atau email kepada ana, insya`allah.

SALAM PERJUANGAN



Teratak Ibtisam

Malam yang telah menjelang

0 comments:

Post a Comment

Lakarkan Sesuatu, Moga bermanfaat buat diri

Gerakan Anti PPSMI

Seruan Dakwah!!

Kepada Muslimin Muslimat atau lelaki wanita yang berminat menyertai Sukarelawan Dakwah Di Lapangan bersama LANDAS, silalah hubungi

Muslimin @ Lelaki

Kpd :Ustaz Kamaruddin bin Kassim

Email : Kama54us@yahoo.com

YM : kama54

HP : 019-4782708 /0174630686

Blog : Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah Darul Aman

Muslimat @ Wanita

Kpd : Ukht Atriza binti Umar

Email : atriza_umar@yahoo.com

YM : atriza2001

Blog : Lillahi ta`ala

Berikan maklumat anda untuk pihak kami hubungi, insya`allah

Moga segalanya diredhai Allah

Salam Perjuangan Fie sabilillah

Peringatan

"Dan tidak samalah kebaikan itu dengan kejahatan Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang di antaramu dan antara dia yang ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia."

-Fushshilat 34-

::: IKLAN :::