سلامة برتامو

Wednesday, July 8, 2009

Dimansuhkan @ Ditangguhkan??!!

PPSMI dimansuh


08/07/2009 2:37pm


PUTRAJAYA 8 Julai - Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan.


Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.


- Utusan -


------------------------------------


Alhamdulilahi Rabbil `alamin.


Bersyukur dengan pengumuman ini... Al kisah yang boleh difikirkan..


Baru-baru ini ana berpeluang berbicara dengan seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama 'terkenal di Negeri Sembilan'. Beliau ni guru bagi matapelajaran matematik. Sama Usrah dengan ana.


Usai usrah pada malam Isnin lalu, maka berbicaralah Ukht yang ana panggil kakak ini pada ana. Dari perbualan biasa, soal semasa, bagaimana nak mencipta laman blog perkumpulan usrah ini, dan lain-lainnya. Tidak ketinggalan akhirnya, tercetus juga pasal bahasa ini.


Dengan curhat mengenai permasalahan pelajar yang tidak dapat menerima sepenuhnya penyampaian seorang guru, Apalah makna dan kepuasan yang dapat oleh pendidik..


Jarang melihat anak didiknya mendapat 100, tidak perti awal-awal bergelar cikgu itu. Kesalnya guru-guru bukan kini, tapi dah sangat membengkak dan kritikal melihat generasi Melayu yang tidak dapat mengikuti sepenuhnya matapelajaran itu.


Tidak ketinggalan ada juga anak didiknya yang berhenti sekolah, ulitan dari ketidak bolehan menguasai Bahasa Inggeris untuk matapelajaran Sains dan Matematik.


Apa akan jadi pada mereka itu? Tidakkah ada yang tersentak dan memikirkan? Kalau ianya tidak bermanfaat pada ummat, siapa wajar memanfaatkanya supa menjadi ummat yang berguna? Sedangkan sudah di mana-mana mereka bersepah.


Kesian pendidik-pendidik ana yang masih subur mendidik anak bangsa. Ana kesiankan kerana lelahnya mereka hingga terpaksa mengabaikan banyak masa untuk PPSMI ini..


Moga kalianlah guru-guru yang diredhai dan diberkati Illahi, insya`allah.


Dan kini, hari ini, PPSMI ini bukanlah boleh dikata dimansuhkan, Ini pandangan ana ya. Sekali lagi ana itegaskan, ini pandangan ana sahaja dari kanta mata sendiri.. Kalau dikata mansuh, mengapa perlu bertangguh lagi dengan melaksanakan secara perlahan? Bukan sebagaimana drastiknya rombakan tika ditukar pelajaran itu ke Bahasa Inggeris??


Selayaknya diperlakukan sedemikian juga, secara drastik ubahnya.


Apa pun, Moga kita sekalian tidak leka akan keputusan ini. Kerana ianya bukanlah dimansuhkan hari ini dan sekarang ini. Mungkin pabila ramai yang terlengah, dan waktu itu mereka melupakan apa yang dikatakan hari ini. Atau apakah agenda selanjutnya yang berlegar difikir mereka.. Apa yang perlu perhati dan bertindak, bukan memandang dan dengar sahaja. Sama-sama kita perjuangakan, insya`allah.


Sekadar mengingati diri, juga sekalian yang membacanya, insya`allah.



Titiwangsa
di saat semua suka akan makluman ini..
masih diri memikirkan apa maknanya??

0 comments:

Post a Comment

Lakarkan Sesuatu, Moga bermanfaat buat diri

Gerakan Anti PPSMI

Seruan Dakwah!!

Kepada Muslimin Muslimat atau lelaki wanita yang berminat menyertai Sukarelawan Dakwah Di Lapangan bersama LANDAS, silalah hubungi

Muslimin @ Lelaki

Kpd :Ustaz Kamaruddin bin Kassim

Email : Kama54us@yahoo.com

YM : kama54

HP : 019-4782708 /0174630686

Blog : Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah Darul Aman

Muslimat @ Wanita

Kpd : Ukht Atriza binti Umar

Email : atriza_umar@yahoo.com

YM : atriza2001

Blog : Lillahi ta`ala

Berikan maklumat anda untuk pihak kami hubungi, insya`allah

Moga segalanya diredhai Allah

Salam Perjuangan Fie sabilillah

Peringatan

"Dan tidak samalah kebaikan itu dengan kejahatan Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang di antaramu dan antara dia yang ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia."

-Fushshilat 34-

::: IKLAN :::