سلامة برتامو

Monday, October 13, 2008

12 OKTOBER 2008 :: sejarah baruku

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillahi rabil `alamin. Semalam genaplah usia ana 23 tahun. Banyak yang dilalui sepanjang hari semalam. Dari pagi hingga ke akhir hari. Namun cukup indah kerna disaluti pelbagai resepinya yang adakalanya tak diri suka akan adunan. Namun segala rencah itu mesti ana hadamkan agar menjadi satu pengalaman hidup yang bermakna untuk meneruskan perjuangan hidup dengan kental, insya`allah.

Terimbas diingatan ketika Hari pertambahan usia diri yang lalu. Hadiah bertimbun ucapan diterima. Sungguh waktu itu amat dirasakan keseronakkan pada diri. Namun waktu sebegitu masih ana lalui semalam. Dengan ucapan selamat ulangtahun juga hadiah yang diberikan dari emak ayah, abang juga kakak. Tidak ketinggalan dari sahabat yang mengingati. Terima kasih semuanya. Segalanya adalah penghargaan buat diri. Itulah kisah lalu yang masih segar diingatan kalbu.

Semalam berkesempatan ana ke rumah terbuka JIM di Pusat Bandar Melawati bersama seorang adik. Banyak sahabat jamaah yanga ana jumpa. Pelbagai cerita terungkap. Yang rasa seronok di hati dapat bertemu dengan adik Shahkirin. Walau tak lama berpisah, rasa ingin bertemu tetap ada. Setelah menikmati juadah di jamuan raya JIM tu, ana bersama adik Fatimah, menuju ke Musolla untuk solat Zuhur. Sedari tadi syik menghubungi Kak Ros (Ummi Rosse), rupanya dia ada di banting di rumah emak saudaranya. Maka kami pun menantikan untuk bertemu dengannya. Alhamdulillah dalam jam 4 kurang 35 minit, kereta pemanduan Kak Ros park di hadapan kereta kami.
Lama tak bersua, kami bersalam dan mendakap mesra.pertemuan lillahi ta`ala. Tidak ketinggalan dengan ucapan Selamat Hari Raya. Perkara yang sama ana lakukan pada anak angkat kak Ros ni. Kak Asmah. Dan sangat ana bersyukur kerana dapat menyempurnakan niat ana yang lalu. ‘Rendang Ayam Kampung’ itulah niat ana untuk mereka (kak Ros, kak Yus) moga akak suka menerimanya.

Oklah cukup kisahku tika bertemu kak Ros di hadapan Pejabat JIM. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Sungai Buloh sebelum ke UIA Nilai untuk menjemput adiknya yang tamat semester pertama.

Dah banyak kali ana minta keizinan pada orang yang bertanggungjawab menguruskan. Tapi tak sangka dia tak membenarkan. Tak tahulah kenapa? Namun hakikat itu telah ana rasa sedari awal. Tapi tak mengapalah, Allah menguji kesabaran ana.. apa yang ingin ana kongsikan hayati dan fahamilah ayat 2 Surah As Saff. Buat pejuang-pejuang dakwah... jangan kita hebat menyatakan sahaja tetapi kita tidak melaksanakan. Apalagi menghalangi tetamu juga menghalang rezeki untuk seseorang. Pertanggungjawabkanlah nanti. Cukuplah kisah pahit, sedih, terkilan ni berkubur kat sini je. Ana cerita secara kasar je ni sebagai iktibar pada semua. Nak cerita detail tak bolehlah. Insya`allah bila dah ana berkesempatan berhadapan dengannya dan bertanyakan pasal ni. Bolehlah kongsikan untuk semua. Insya`allah. moga Allah tunjukki hati-hati kita yang lalai dan leka ini...aminnn...

Teruntuk adik Mariam, syukran sangat-sangat kerana sudi jumpa akak semalam. Sudi juga terima pemberian yang tak seberapa dari akak tu. Dan sangat-sangat berterima kasih kerana adik sudah matang di pandangan mata akak. Moga Allah memberikan kekuatan dalam kehidupan kita untuk membuat sesuatu apa yang tak disangka-sangka. Uhibbuki fillah...

Cukup juga kisah ana dengan adik ni. Kalau nak dicerita memang panjang taak cukup muka. Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke UIA Nilai.

Memang semalam hari jalan-jalan sedunialah.. begitulah kata-kata adik Fatimah ni. Memang Allah makbulkan. Banyak kali kami tak jumpa jalan walau ikut sign board. Sepanjang perjalanan itu juga kami sering bermurajaah tentang rutin kehidupan. Rasa kosong diri ni sebab lama tak ikuti usrah juga haloqah. Bukan taknak ikuti tapi usrah memang lama tak gerak. Melainkan usrah sendiri-sendiri (membaca dan bertanya) pada orang yang arif. Alhamdulillah. Dari situlah kita mampu mengukur keupayaan diri sendiri.

Sepanjang perjalanan kerap ana terima sms ucapan sanah halwah. Terima kasih pada yang mengingati tanggal peningkatan usia ana tu. Alhamdulillah. Terima kasih buat sahabat yang seorang ini. kata-katanya amat merangsang minda...


PENGORBANAN KITA DITAGIH BUKAN SEKALI
JADIKAN DIRIMU DEMI MAHAR PELAMINAN SYURGA
DI AKHIRAT KELAK
TUNJUKKAN BAHAWA
KAULAH SERIKANDI SEJATI
BERTERAS MANHAJ RABBANI
ORAK LANGKAHMU TEGUH DENGAN PERIBADI TINGGI
TIDAK MUDAH MUSNAH DILANDA HEMPASAN BADAI
KU PASTI KAU AKAN TEMUI
ERTI SEBENAR SEORANG SERIKANDI SEJATI.
INSYA`ALLAH


Salma ni antara orangh terawal yang ucap. Tak sangka juga tau. Tapi terharu la..hehe.. terima kasih Sal.

Kerana masih ingat, ana nak kongsikan satu lagi sms yang bermakna nbuat diri. Datangnya dari adik Siti Mariam... terima kasih adik...teruskan perjuangan perlaksanaan kata-kata.

WANITA IBARAT EPAL
EPAL YANG TAK BERKUALITI
SENANG DIPEROLEHI KERANA GUGUR DI TANAH
EPAL YANG TAK MAMPU DIBELI
MENETAP DI PUNCAK
PAYAH DIPETIK SUSAH DIGAPAI
HINGGAKAN EPAL ITU MENJADI RISAU.
KENAPA AKU TAK DIPETIK?
LANTAS IA MERENDAHKAN MARTABATNYA
DAN GUGURKAN DIRI KE TANAH
SEDANGKAN SEBENARNYA
ALLAH JADIKAN SDEMIKIAN MARTABATNYA
HINGGA TIADA SIAPA YANG BERANI MEMETIKNYA
MUJAHIDIN YANG HEBAT JE YANG MAMPU
KERANA TIDAK DI DUNIA
TETAPI YAKINLAH DI AKHIRAT SANA
MOGA CINTA RABBUL `IZZATI MENGIRINGI DIRI KITA SENANTIASA.


Sahabat-sahabat sekalian hayatilah sms ini. moga ada manfaatnya buat sekalian. Insya`allah. alhamdulillah banyak lagi sms yang bermanfaat pada diri. Cumanya tak mampu nak taip semuanya. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang bayak menyentakkan diri di hari pertambahan usia ana ni.

Usai dari UIA Nilai, kami bertandang ke rumah Salma. Dengan mata yang dah agak kurang segar. Ana gahkan juga diri demi seorang sahabat yang disayangi. Alhamdulillah dapat menyempuranakan permintaan seorang Salma ni..hheee... insya`allah ada rezeki, kita jumpa lagi ye Sal..

Ana rasa cukuplah sampai di sini untuk catatan semalam perjalanan tika ana menjejakkan usia 23. Walau tidak 100 peratus lengkap untuk dikisahkan, ana merasakan satu kepuasan kerana dapat mencoretkan sesuatu tika 23 tahun usia. Kalau nak diceritakan segalanya. Memang tak cukup sehari pula.

Sekali lagi ucapan terima kasih ana buat insan-insan yang memberikan kekuatan pada diri. Yang menghadiahkan kekecewaan, yang menghulurkan pengharagaan, yang menghidangkan kesukaran, yang membentangkan kebahagiaan dan kepada PENCIPTAKU yang menganugerahkan segala macam rencah untukku.. kerana semua itu amat bermakna untuk aan teruskan kehidupan di dunia yang sementara ini.

Moga diri ini bertambah sabar, tabah lagi kental dalam mendepani ujian dan mehnah hidup walau tanpa mereka yang selalu memberi, menghadiahkan, menghulurkan, menghidangkan juga membentangkan. Namun ana yakini bahawa ALLAH tetap bersama diriku walau bukan mereka itu.

Selembar kertas sebatang pen

Hari ulangtahun yang mampu menceritakan
Kisah-kisah lalu yang dibayangan
Memungkin atau tidaknya kekauran
Segalanya pasti dilangsungkan.

Itulah sebuah ceritera
Bersama selembar kertas
Dihakimi sebatang pen
Maka tercatatlah segala yang difikirkan
Terimbas waktu lalu
Yang banyak tersirat erti
Apalagi maksud juga maknanya
Kerana dengan pen dan kertas
Aku banyak menciptakan sejarah diri
Walau semalam yang dilalui
Hari ini yang ditempuhi
Segalanya telah aku adunkan
Untuk juga agar menjadi kekuatan
Buat diri yang rindukan
Bertemu DIA Penciptaku.
..Alhamdulillahi Rabbil `alamin..



SMNS
Penghujung Hari
12 Oktober 2008

4 comments:

Iskandar Mesir said...

wah nie kisah enti masa sambut besday ker? masya`allah... moga enti betul2 jadi seorang muslimah yang sabar dan tabah. ayat-ayat enti tu hebat. tak ketinggalan sms yang enti terima tu.

apa pun, teruskan perjuangan kata-kata enti tu. moga bertemu dengan mujahid yang sama tuju fisabilillah.

moga segalanya tercapai. barakillah. insya`allah..

ummiroses said...

begitu terharu membaca pengorbanan ini..moga Allah mematangkan lagi tanggungjawab seorang daie sepertimu...makasih tak terhingga atas kesudian mengabulkan janji. tak terlewat rasanya mengucapkan selamat ulangtahun ke 23. Moga terus istiqomah dalam mengharungi hidup sebagai pejuang yg sentiasa mengharap untuk bertemu dgn Alah.

salam ukhwah fi sabilillah said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Iskandar Mesir, Syukran atas doa enta tu. Barakkallah. Insya`allah.

salam ukhwah fi sabilillah said...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Syukran Kak Ros. Tak sangka berkesempatan juga Kak Ros membaca catatan pertemuan kita ni..hehe..

Syukran atas doanya. Moga Kak Ros juga senantiasa istiqomah dalam memperjuangkan Agama Allah..

Post a Comment

Lakarkan Sesuatu, Moga bermanfaat buat diri

Gerakan Anti PPSMI

Seruan Dakwah!!

Kepada Muslimin Muslimat atau lelaki wanita yang berminat menyertai Sukarelawan Dakwah Di Lapangan bersama LANDAS, silalah hubungi

Muslimin @ Lelaki

Kpd :Ustaz Kamaruddin bin Kassim

Email : Kama54us@yahoo.com

YM : kama54

HP : 019-4782708 /0174630686

Blog : Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah Darul Aman

Muslimat @ Wanita

Kpd : Ukht Atriza binti Umar

Email : atriza_umar@yahoo.com

YM : atriza2001

Blog : Lillahi ta`ala

Berikan maklumat anda untuk pihak kami hubungi, insya`allah

Moga segalanya diredhai Allah

Salam Perjuangan Fie sabilillah

Peringatan

"Dan tidak samalah kebaikan itu dengan kejahatan Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang di antaramu dan antara dia yang ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia."

-Fushshilat 34-

::: IKLAN :::