سلامة برتامو

Friday, September 26, 2008

Sayu & Pilu :: :: Ramadhan bakal berlalu...



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Semoga sahabat-sahabat juga sekalian penziarah laman ana ini sihat dan senantiasa diredhai Allah Subhanahu Wata`ala. Amiieen Ya Rabbal `alamin.

Sedar tak sedar, Ramadhan telah tiba ke penghujungnya. Ramai teman juga kawan-kawan sering bertanyakan apa persiapan Hari Raya? sering ana membalas "Tiada apa-apa". hakikatnya hati amat sedih dan sayu kerana pertanyaan yang begitu. Apa tidaknya, tak pernah pula ana terima persoalan yang sebegini "Apa pengisian hari-hari akhir Ramadhan ini?". Kan persoalan begini menyentakkan kita. Ya bagi ana, tak tahulah yang lain. Walau Ramadhan tinggal kurang dari 5 hari, maka cuba persoalan ini kita berikan pada sahabat-sahabat kita. Apakah mereka akan tersentak? Cubalah!!

Bagaimana Ramadhan kita kali ini? Khatamkah kita membaca & mendalami Kitabullah? Banyakkah sadaqah kita? cukupkah amalan wajib kita? lakukan ke tidak amalan yang sunat? Segalanya tanyalah pada diri. Mampukah kita istiqamahkan diri dengan melaksanakan amalan-amalan yang kita lakukan di sepanjang Ramahan ini hingga ke bulan-bulan akan datang? sehingga bertemu kembali Ramadhan 1430 Hijrah?... Entah berpeluang lagikah kita mbertemu dengan Ramadhan akan datang... Hanya Allah yang tahu.

Sedih dan sayu nak melepaskan Ramadhan ini pergi. Tapi apakan daya, sudah tiba masanya. "Ya Allah temukan aku dengan Ramadhan yang akan datang. istiqamahkan diriku melaksanakan suruhanMU sepertimana aku melaksanakannya tika Bulan Ramadhan ini.. Ya Allah perkenankan permintaan hambaMU ini..."

Alhamdulillah Ramadhan kali ini sangat bererti bagi diri. Dari segi ilmu yang diperoleh juga dari segi pengalaman yang disauh. Selain banyak melatih diri dari sifat-sifat yang tercela. moga kebaikan ini akan berterusan sampai bila-bila, insya`allah.

Dengan kesempatan ini, ana menyeru diri ana sendiri juga sekalian sahabat-sahabat mahupun penziarah laman ana ini, agar teruslah mengisi hari-hari akhir Ramadhan ini dengan sesungguh mungkin agar kita dapat meraih sesuatu yang didambakan semua... LAILATUL QADAR, insya`allah.




MOGA SEGALA DOA KITA DITERI ALLAH... AMIIEEN

0 comments:

Post a Comment

Lakarkan Sesuatu, Moga bermanfaat buat diri

Gerakan Anti PPSMI

Seruan Dakwah!!

Kepada Muslimin Muslimat atau lelaki wanita yang berminat menyertai Sukarelawan Dakwah Di Lapangan bersama LANDAS, silalah hubungi

Muslimin @ Lelaki

Kpd :Ustaz Kamaruddin bin Kassim

Email : Kama54us@yahoo.com

YM : kama54

HP : 019-4782708 /0174630686

Blog : Urusetia Menangani Gejala Sosial Negeri Kedah Darul Aman

Muslimat @ Wanita

Kpd : Ukht Atriza binti Umar

Email : atriza_umar@yahoo.com

YM : atriza2001

Blog : Lillahi ta`ala

Berikan maklumat anda untuk pihak kami hubungi, insya`allah

Moga segalanya diredhai Allah

Salam Perjuangan Fie sabilillah

Peringatan

"Dan tidak samalah kebaikan itu dengan kejahatan Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang di antaramu dan antara dia yang ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia."

-Fushshilat 34-

::: IKLAN :::